Isnin, 26 Mei 2014

TULISAN JAWI DAN CABARANNYA DALAM MENDEPANI ZAMAN

Oleh : Che Wan Shamsul Bahri bin CW Ahmad, kini bertugas di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Artikel ini hanyalah pandangan penulis semata-mata. Kutipan dan petikan adalah dinyatakan sumbernya.


Pendahuluan
Kedatangan Islam ke alam Melayu telah mengubah bukan sahaja lanskap kehidupan masyarakat Melayu, bahkan juga turut mengubah kaedah penulisan masyarakat Melayu. Ini terbukti dengan penggunaan tulisan Jawi secara meluas di Tanah Melayu suatu masa dahulu. Usianya dikatakan telah mencecah hampir seribu tahun berbanding dengan tulisan Rumi yang hanya mula digunakan secara meluas selepas tahun 1960an. Apabila masyarakat Malaysia mula menggunakan bahasa Melayu tulisan Rumi secara rasmi pada tahun 1963, maka secara tidak langsung tulisan Jawi mula dipinggirkan. Bertitik tolak dari situ, tulisan Jawi sudah tidak lagi dilihat kepentingannya sebagai tulisan bahasa Melayu. Lantaran dari itu, pengajaran Jawi di sekolah tidak lagi ditekankan.

Program memartabatkan Jawi



Terdapat banyak bahan-bahan yang tulisan Jawi yang sampai ke Tanah Melayu seperti kitab agama serta hikayat nabi dan para sahabat menggunakan sistem ejaan Jawi pengaruh Arab. Penemuan Batu Bersurat Piagam Terengganu (BBPT) yang bertarikh 22 Februari 1303 M menjadi bukti penggunaan tulisan Jawi di alam Melayu(Rohayu Ismail 2008). Apa yang menariknya, BBPT ditulis menggunakan tulisan Jawi dengan pengaruh Melayu; iaitu penggunaan huruf vokal. Ia dikatakan tulisan Jawi yang tertua di dunia. Terdapat sedikit perbezaan di antara tulisan Jawi pada masa dahulu dengan sistem tulisan Jawi moden yang kita lihat pada hari ini (Ahmad et al. 2012). 

Batu Bersurat Terengganu


Kini, peranan besar yang dimainkan oleh tulisan Jawi telah diambil alih oleh tulisan Rumi. Menurut (Faisal Kadir 2011), bekas penjajah terkejut kerana orang Melayu kini tidak lagi menggunakan tulisan Jawi. Beliau menceritakan pengalaman beliau semasa bekerja di sebuah perpustakaan di Scotland. Beliau didatangi oleh seorang Scottish yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu suatu masa dahulu. Orang Scottish ini fikir bahawa orang Malayu masih menggunakan fon Arab atau Al Quran (tulisan Jawi) lagi dalam penulisan mereka.

Tulisan Jawi Suatu Masa Dahulu
Mahir membaca dan menulis Jawi suatu masa dahulu adalah satu kebanggaan. Kebanyakan golongan cerdik pandai pada masa itu menggunakan ejaan Jawi sepenuhnya dalam persuratan dan penulisan karya mereka (Abd Jalil Borham 2012). Tulisan Jawi digunakan secara meluas bagi bahasa Melayu pada masa itu dan berfungsi sebagaimana ejaan Rumi pada  hari ini. Sehinggakan orang Inggeris pun menggunakan tulisan Jawi untuk mengutus surat kepada raja-raja dan pembesar Melayu. Bahasa Melayu bertindak sebagai lingua franca, iaitu sebagai bahasa perantaraan dalam kalangan pedagang dan penggunaannya sangat meluas sebagaimana bahasa Inggeris hari ini  (Nik Safiah Karim et al. 2004).

Pada hari ini keadaannya amat berbeza sekali. Usaha Wilkinson untuk mengelirukan orang Melayu dalam penggunaan tulisan Jawi nampaknya telah berjaya seterusnya menyebabkan orang Melayu kurang berminat dengan sistem tulisan ini kerana terlalu banyak homograf dan kekeliruan (Amat Juhari Moain 1996). Lantas, orang Melayu merasa lebih selesa dengan ejaan Rumi yang kononnya dikatakan lebih mantap. Sebenarnya, tulisan Rumi juga mengalami proses revolusi dan kematangan sehingga kita dapat lihat ejaan terkini pada hari ini.

Buku Rahsia Ejaan Jaawi

Nasib Tulisan Jawi dan Bahasa Melayu 
Pada masa ini, penggunaan ejaan Rumi sangat meluas dalam Bahasa Melayu. Untuk menggunakan ejaan Jawi adalah satu perkara yang agak ganjil. Lebih malang lagi, sebahagian masyarakat kita memandang rendah terhadap tulisan Jawi. Pelajaran Jawi juga adalah di antara pelajaran yang paling tidak popular dalam kalangan pelajar (Rashid 2004). 

Dalam satu Seminar Antarabangsa Teknologi Pendidikan (IMETC2011) di Kuantan pada 16 hingga 19 Oktober 2011, terdapat pembentang daripada Singapura yang mengejutkan penulis tentang nasib Bahasa Melayu di Singapura. Pembentang tersebut adalah seorang guru yang mengajar Bahasa Melayu di sebuah sekolah menengah di Singapura. Bahasa Melayu memang salah satu bahasa rasmi Singapura tetapi amat menyedihkan kerana penggunaannya terhad. Orang Melayu di Singapura sendiri lebih berminat dan selesa menggunakan Bahasa Inggeris dalam percakapan seharian mereka. 

Apa yang ingin dikongsi di sini ialah kegusaran guru tersebut terhadap pelajarnya yang dikatakan kurang berminat untuk belajar Bahasa Melayu. Tidak ramai pelajar Melayu di Singapura yang menunjukkan minat belajar Bahasa Melayu berbanding dengan Bahasa Inggeris. Apatah lagi pelajar yang bukan berbangsa Melayu. Ini belum lagi disentuh berkenaan Bahasa Melayu yang menggunakan tulisan Jawi.

Di Malaysia, nasib Bahasa Melayu masih terpelihara kerana Bahasa Melayu adalah satu-satunya bahasa rasmi negara ini. Bahasa Melayu juga menjadi matapelajaran yang wajib diambil dalam peperiksaan sekolah rendah, iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), manakala di sekolah menengah pula ialah Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Namun begitu, tidak mustahil suatu masa nanti nasib yang sama sebagaimana Bahasa Melayu di Singapura mungkin akan menimpa negara kita jika tidak ditangani dengan serius mulai sekarang.
Program seumpama ini amat baik untuk survival Jawi

Di institusi pengajian tinggi, sama ada di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), peminggiran terhadap Bahasa Melayu telah mula kelihatan. Banyak universiti menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P &P)  mereka dengan alasan terdapat pelajar antarabangsa. Mahasiswa universiti di semua bidang hanya wajib mengambil satu matapelajaran Bahasa Melayu, itupun diberi pengecualian kepada pelajar yang mendapat sekurang-kurangnya gred C bagi kertas Bahasa Melayu di peringkat SPM. Manakala pelajar asing diberi pengecualian daripada mengambil matapelajaran Bahasa Melayu. 


Kementerian Pendidikan perlu berusaha untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai medium pengajaran di universiti-universiti seluruh Malaysia. Ia selaras dengan langkah kerajaan dalam memartabatkan Bahasa Melayu. Pelajar asing perlu diwajibkan untuk belajar Bahasa Melayu terlebih dahulu sebelum masuk ke program pengajian mereka yang sebenar. Penulis ingin mencadangkan agar pelajar asing perlu melalui satu tahun transisi untuk belajar Bahasa Melayu terlebih dahulu sebelum memulakan pengajian dalam bidang mereka masing-masing. Sebahagian universiti memang ada program seumpama ini tetapi jumlahnya amat sedikit. Perkara ini telah dipraktikkan di kebanyakan negara maju yang menjadikan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pengantar di universiti-universiti mereka seperti di Barat, Jepun, Korea dan sebagainya. Mereka sangat bangga dengan bahasa ibunda mereka. Sebaliknya masyarakat cerdik pandai kita merasa malu menggunakan Bahasa Melayu di universiti kita.

Tulisan Jawi Kini
Pada hari ini, generasi muda berasa malu untuk belajar Jawi, seolah-olah Jawi hanya untuk pelajar yang mengikuti bidang pengajian Islam sahaja. Masyarakat kita lebih selesa menggunakan tulisan Rumi berbanding tulisan Jawi. Lebih malang lagi apabila sebahagian masyarakat kita lebih selesa berbahasa Inggeris yang diselang seli dengan bahasa Melayu dalam perbualan harian mereka.


Bangsa Melayu hari ini perlu khuatir tentang nasib tulisan Jawi. Tidak mustahil tulisan Jawi akan pupus dalam kehidupan masyarakat Melayu pada suatu masa nanti jika langkah-langkah memajukannya tidak dimulakan dengan serius daripada sekarang. Ungkapan yang paling sesuai bagi tulisan Jawi kini adalah “hidup segan, mati tak mahu”. Itulah realitinya tulisan Jawi kini.



Penggunaan tulisan Jawi terlalu terhad. Di jabatan kerajaan, hanya Jabatan Agama Islam sahaja yang menggunakan tulisan Jawi seperti pada surat daftar nikah dan untuk menyediakan teks kuthbah Jumaat. Manakala di sekolah pula hanya matapelajaran Jawi (sekolah rendah) dan Pendidikan Islam sahaja yang menggunakan Jawi. Program j-QAF di sekolah rendah dilihat satu usaha murni kerajaan dalam mengangkat martabat tulisan Jawi. Hasilnya selepas tiga tahun dilaksanakan cukup membanggakan(Bernama, 2007).

Di peringkat negeri pula terdapat sesetengah negeri, melalui pihak berkuasa tempatan mempunyai peraturan penggunaan Jawi pada papan tanda bagi nama kedai, papan iklan, nama jalan dan nama lorong. Peraturan ini sekurang-kurangnya adalah satu usaha untuk memartabatkan Jawi.

Papan Tanda di Terengganu

Usaha Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperkenalkan penambahan tanda nama jalan dalam tulisan Jawi secara berperingkat bermula awal tahun 2008 dalam usaha memartabatkan serta membudayakan tulisan itu di semua peringkat haruslah dipuji walaupun terdapat tentangan oleh pihak tertentu. Namun bagaimana statusnya kini tidak diketahui.

Di Terengganu misalnya, kerajaan negeri mengurangkan bayaran lesen papan tanda sebagai galakkan penggunaan tulisan Jawi secara meluas di negeri tersebut. Kerajaan negeri juga mengadakan kerjasama dengan beberapa agensi, termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JaHEAT), Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu (PPAT) dalam usaha memartabatkan tulisan Jawi dan merancakkan lagi penggunaan tulisan Jawi dalam kalangan pelajar.

Menurut Suriati (2011), dalam satu sidang DUN Terengganu, Mohd Razif menyatakan bahawa syarat utama kemasukan pelajar ke tingkatan satu ke sekolah agama di Terengganu adalah perlu menjalani ujian tulisan Jawi dan memilih mereka yang hanya mendapat peratusan tinggi. Kerajaan negeri Terengganu juga membina pusat tulisan Jawi di di Kuala Berang dan dikawal selia oleh Muzium Negeri Terengganu.

Kepentingan Jawi dan Cabaran dalam Pelestariannya
Menurut (Zin Mahmud 2006) penggunaan tulisan Jawi ini wajar dipertahankan atas tiga sebab iaitu; 
  • tulisan jawi memperkaya intelektual Melayu melalui pengungkapan bacaan dan tulisan bahan-bahan bacaan berhubung tamadun Islam, 
  • tulisan jawi melicinkan minda Melayu kerana ia ditulis dan dibaca dengan cepat dan berkesan, dan
  • tulisan jawi mempunyai keindahan khat yang paling tinggi.
Justeru, Kementerian Pendidikan perlu berusaha keras untuk mewujudkan minat terhadap Jawi dalam kalangan pelajar. Dalam pendidikan, terdapat matapelajaran Jawi bagi pelajar sekolah rendah(Mohd Mazhan Tamyis 2011), dengan 1-2 waktu seminggu (walaupun agak terhad) dan matapelajaran Pendidikan Islam yang menggunakan teks Jawi. 

Penubuhan Kelab Jawi di sekolah adalah langkah terpuji kerajaan dalam menggalakkan minat pelajar terhadap Jawi. Menurut Hishammuddin Tun Hussein kelab tersebut menjadi sebahagian daripada aktiviti luar bilik darjah untuk ditawarkan kepada pelajar(Bernama, 2007).

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai badan yang mengawal piawaian ejaan Jawi perlu memainkan peranan yang lebih aktif lagi dalam usaha memartabatkan Jawi. Penulis mencadangkan agar hanya satu tulisan Jawi yang standard dan selaras dengan nama ‘Ejaan Jawi Dewan’ yang menggambarkan bahawa hanya DBP sahaja yang mempunyai autoriti dalam menjaga khazanah bangsa Melayu, iaitu tulisan Jawi di samping mendapat sokongan daripada tokoh-tokoh Jawi terkemuka. Sebarang pertelingkahan dan pertanyaan berkenaan ejaan Jawi yang betul (jika terdapat kekeliruan) perlu dirujuk kepada DBP (Matlob 2011). DBP mempunyai kuasa muktamad dalam menentusahkan ejaan Jawi. Penerbitan Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi adalah satu usaha yang murni ke arah memartabatkan tulisan Jawi (Ismail Dahaman et al. 2008).

Buku Daftar Ejaan Rumi Jawi terbitan DBP

Pelbagai seminar, persidangan, bengkel dan simposium yang berasaskan Jawi juga perlu diperbanyakkan lagi agar tulisan Jawi dapat disemarakkan. Tanpa usaha yang berterusan, program seumpama ini akan dilihat seolah-olah seperti hangat-hangat tahi ayam atau sifatnya bermusim.

Penghasilan produk ICT seperti  perisian Jawi oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian & Warisan Malaysia (KeKKWa)dan Management dan Science University, (MSU), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta pelbagai lagi perlu dirancakkan. Usaha NGO seperti Persatuan Pencinta Tulisan Jawi Malaysia (PENJAWIM), Persatuan Pencinta Tulisan Jawi Selangor (PENJAWIS) dan lain-lain lagi dalam menyedarkan masyarakat tentang kepentingan tulisan Jawi perlu disokong dan didukung dengan menyumbang bantuan dan dana sama ada daripada pihak kerajaan mahupun syarikat-syarikat korporat.
Produk Permainan Kanak-kanak oleh KUIS


Kerajaan juga perlu memikirkan dengan serius kesinambungan penggunaan tulisan Jawi, bukan hanya setakat di sekolah sahaja. Usahakan agar tulisan Jawi digunakan secara meluas dalam kehidupan dan aktiviti seharian, bukannya terhad kepada tempat dan masa tertentu sahaja. Sebagai langkah permulaan, selain daripada setiap kepala surat atau nama jabatan kerajaan ditulis dengan menggunakan tulisan Jawi, sekurang-kurangnya perenggan pertama surat-surat kerajaan perlu ditulis dalam tulisan Jawi. Ini secara langsung dapat menarik minat mereka yang buta Jawi untuk mengetahui apa yang tertulis di permulaan surat tersebut. Atau setidak-tidaknya terdapat transliterasi Rumi-Jawi pada perenggan pertama pada setiap surat kerajaan.

Program televisyen ‘Mahir Jawi’ di TV9 adalah satu program televisyen yang sangat baik kepada pelajar dan juga kanak-kanak. Program ini berjaya menarik minat pelajar kerana mereka belajar Jawi dalam keadaan santai dan menyeronokan. Ia memberi nafas baru dalam mempelajari Jawi walaupun terdapat sedikit teguran tentang beberapa kesilapan dalam perkataan Jawi yang digunakan. Teguran itu boleh diambil secara positif untuk menambah baik program tersebut di masa akan datang.

Stesen-stesen televisyen juga perlu memasukkan tulisan Jawi dalam iklan mereka sebagaimana iklan yang menggunakan papan iklan di sesetengah negeri. Ini menggalakan penonton televisyen untuk membaca tulisan Jawi tersebut dan mendapatkan ejaan Jawi yang betul bagi perkataan tersebut. 

Kesimpulan
Kegemilangan tulisan Jawi perlu dikembalikan semula memandangkan tulisan Jawi antara tulisan dunia yang masih bertahan dan kekal hingga ke hari ini. Tulisan Jawi juga harus mampu bergerak seiringan dengan tulisan perdana lain dan boleh bergerak sendirian segagah dulu. Ia diharap mampu menyokong terutamanya istilah-istilah baru dalam sains dan teknologi yang kebanyakkan menggunakan kata pinjaman Inggeris.

Perbincangan di atas juga jelas menunjukkan bahawa usaha yang begitu tegas dan serius dari pihak kerajaan amat diperlukan dalam usaha memartabatkan tulisan Jawi. Kerajaan memiliki kuasa dalam membuat dasar (Azizi Hj Abdullah 2006). Tanpa usaha dan dokongan daripada pihak kerajaan, tulisan Jawi yang pernah melalui zaman gemilang dalam pelbagai kemajuan bersifat sastera, pentadbiran dan perjuangan silam pasti akan terkubur. Khazanah berharga (kitab-kitab lama, manuskrip-manuskrip lama) akan hilang jika tidak dijaga dan digali sepenuhnya. 

Bahasa melambangkan bangsa (Rashid 2004), bangsa Melayu memang sering dikaitkan dengan Jawi suatu masa dahulu (Hashim Haji Musa dan Adi Yasran Abdul Aziz 2009). 

Sebelas cadangan yang dikemukakan oleh Hashim dan Yusran dalam kertas Pemerkasaan Kembali Tulisan Jawi sepatutnya diperhalusi oleh pihak kerajaan dalam usaha untuk memartabatkan tulisan Jawi.

Apa jadi dengan resolusi dan cadangan Prof Dr (Ismail Ibrahim 1991) dalam Konvensyen Tulisan Jawi dulu? Apakah tindakannya?

Rujukan 
Abdul Hayie Abdul Syukur. 2009.  Tulisan Jawi Sebagai Media Persuratan Melayu dan Islam. Dalam   http://mybabah.blogspot.com/2009/11/artikel-khas-tulisan-jawi-dan-anda.html

Adi Yasran dan Hashim Haji Musa. 2008. Isu Homograf dan Cabarannya dalam usaha pelestarian tulisan Jawi. Jilid 3, Bil 1/2008, Jurnal ASWARA, halaman 109.

Azizi Abdullah. 2006. Roh Pendita ZA`BA Yang Menangis. Dalam http://aziziabdullah.blogspot.com/2006/05/tulisan-jawi.html 

Berita Nasional Malaysia (Bernama). 2008. DBKL Perkenal Tulisan Jawi Pada Papan Nama Jalan. Artikel bertarikh 19 Februari 2008.

Berita Nasional Malaysia (Bernama). 2007.  Kelab Jawi Ditubuhkan Di Sekolah. Artikel bertarikh  28 September 2007.

Mohamad Sofee Razak. 2010. Kegemilangan tulisan Jawi perlu dikembalikan. Artikel daripada Berita Harian bertarikh 02 Januari 2010.

Suriati Ali. 2011. Penggunaan Tulisan Jawi Diperluaskan 

Dalam http://teganukita.blogspot.com/2011/05/penggunaan-tulisan-jawi-diperluaskan.html artikel bertarikh 12 Mei 2011.

Abd Jalil Borham. 2012. Tulisan jawi: Tulisan serantau. Seminar Tulisan Jawi dan Teknologi Peringkat Kebangsaaan 2012, 18 Oktober 2012, at Universiti Malaysia Pahang 

Ahmad, Che Wan Shamsul Bahri C.W., Khairuddin Omar, Mohammad Faidzul Nasrudin, et al. 2012. Isu-isu dalam transliterasi mesin manuskrip melayu ejaan jawi lama kepada jawi baru. Seminar Penyelidikan Jawi dan Manuskrip Melayu, 19-20 Jun 2012, at Universiti Teknologi Mara, Shah Alam:169-184.

Amat Juhari Moain. 1996. Perancangan bahasa: Sejarah aksara jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azizi Hj Abdullah. 2006. Roh pendita za'ba yang menangis. In Azizi Abdullah.

Faisal Kadir. 2011. Penjajah terkejut, tulisan jawi dikuburkan. In Picisan Karangan Idea.

Hashim Haji Musa, dan Adi Yasran Abdul Aziz. 2009. Pemerkasaan kembali tulisan jawi. Jurnal ASWARA 4 (1):159-176.

Ismail Dahaman, Syeikh Othman Sheikh Salim, Manshoor Ahmad, et al. 2008. Daftar kata bahasa melayu dalam Rumi-Sebutan-Jawi, edited by Rusli Abdul Ghani, Ibrahim Ahmad, Azman Ahmad and Siti Suhana Mohd Amir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Ibrahim. 1991. Ucapan dasar. In Konvensyen Tulisan Jawi. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

Mohd Mazhan Tamyis, Sharipah Nor Puteh. 2011. Pembelajaran tulisan jawi: Suatu usaha ke arah mencintai warisan budaya bangsa. Semianr Pendidikan Serantau ke-5, at Pekanbaru, Indonesia.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, et al. 2004. Tatabahasa dewan edisi baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rashid, Abd. Rahim Abd. 2004. Jawi : Cemerlang, gemilang dan terbilang. Dewan Bahasa.

Rohayu Ismail. 2008. Melestarikan tulisan jawi. Berita Harian, 19 November 2008, 2.

Zin Mahmud. 2006. Penggunaan jawi tambah intelektual. Al-Islam, 62-64.

Rabu, 21 Mei 2014

بوکتي٢ سجارە توليسن جاوي.


اصل-اصول توليسن جاوي

توليسن جاوي اداله انتارا توليسن تراول يڠ ڤرنه دتموي. توليسن اين تله بركمبڠ سجق زمان كراجأن اسلام ڤاسا كمودين دسبركن ك كراجأن ملاك، كراجأن جوهر دان جوڬ كراجأن اچيه ڤد ابد ك-17. بوقتي كوجودن توليسن اين د مليسيا اداله دڠن ترجومڤڽ باتو برسورت ترڠڬانو يڠ برتاريخ 702ه اتاو 1303م مانكالا توليسن رومي يڠ ڤاليڠ اول دتموي اداله ڤد اخير كورون ك-19. اين منونجوقكن بهاوا توليسن جاوي لبيه اول سمڤأي بربنديڠ توليسن رومي. توليسن جاوي مروڤاكن توليسن راسمي باڬي نڬري-نڬري ملايو تيدق برسكوتو سماس ڤڠواسأن بريتيسه. كيني توليسن ترسبوت دڬوناكن دالم اوروسن اڬام اسلام دان عادة ايستيعادة ملايو يڠ كبڽقكنڽ د جوهر، قدح، كلنتن، ڤرليس دان ترڠڬانو.

 
ڤد زمان دهولو، توليسن جاوي مماءينكن ڤرانن ڤنتيڠ دالم مشاركت. اي دڬوناكن سباڬاي ڤرانتارا ڤنتيڠ دالم سموا اوروسن ڤينتادبيران، عادة ايستيعادة دان ڤرداڬڠن. چونتوهڽ دڬوناكن دالم ڤرجنجين-ڤرجنجين ڤنتيڠ انتارا ڤيهق-ڤيهق د راج ملايو دڠن ڤيهق-ڤيهق بركواس ڤورتوڬيس، بلندا دان ايڠڬريس


سلاين ايت، ڤماشران كمرديكأن 1957 باڬي نڬارا مليسيا انتارا لاين جوڬ ترتوليس دالم ابجد جاوي. ابجد بوقتي برتوليس مڠناءي ڤڠيشتهارن كمرديكأن تانه ملايو يڠ دتوليس دالم بهاس ملايو دان برتوليسكن جاوي. دوكومن ڤماشهورن كمرديكأن 1957 تله دتوليس دالم دوا بهاس ايايت بهاس ملايو يڠ دتوليس دالم توليسن جاوي دان بهاس ايڠڬريس



سجاره ڤركمبڠن توليسن جاوي.

سكريڤ عرب يڠ داداڤتاسيكن اوليه بهاس ملايو اونتوق ڤڠجأنڽ سڤرتي يڠ كيت سديا معلوم اداله ديناماكن سباڬاي سكريڤ جاوي. نامون، سهيڠڬ سكارڠ تيدق داڤت دكتاهوي سياڤاكه يڠ ممبريكن نام جاوي كڤد كڤد سكريڤ ايت، نامون دڤتيق دالم كاموس ر.ج ويلكينسون بهاوا ڤركاتان جاوي د دالم بهاس ملايو دڬوناكن اونتوق ڤوكوق جاوي-جاوي اتاو جيجوي دان جوڬ برس جيجوي يڠ بربيذا دڠن برس ڤولوت دان جوڬ دڠن معنى كرباو اتاو لمبو دالم بهاس مينڠكاباو. تتاڤي اڤ يڠ جلس د سيني نام جاوي ترسبوت تيدق اد كاءيتن دڠن توليسن ترسبوت


سجاره فركمبغن توليسن جاوي


سجاره

توليسن جاوي اداله انتارا توليسن تراول يڠ ڤرنه دتموي.توليسن اين تله بركمبڠ سجق زمان كراجأن اسلام ڤاسا كمودين دسبركن ك كراجأن ملاك، كراجأن جوهر دان جوڬ اچيه ڤد ابد ك-17. بوقتي كوجودن توليسن اين د مليسيا اداله دڠن ترجومڤڽ باتو برسورت ترڠڬانويڠ برتاريخ 702ه اتاو 1303م مانكالا توليسن رومي يڠ ڤاليڠ اول دتموي اداله ڤد اخير كورون ك-19. اين منونجوقكن توليسن جاوي تله سمڤأي ك نڬارا اين لبيه اول بربنديڠ توليسن رومي. توليسن جاوي مروڤاكن توليسن راسمي باڬي نڬري-نڬري ملايو تيدق برسكوتو سماس ڤڠواسأن بريتيسه. كيني توليسن اين دڬوناكن دالم اوروسن اڬام اسلام دان عادة ايستيعادة ملايو يڠ كبڽقكنڽ د جوهر، قدح،كلنتن، ڤرليس، دان ترڠڬانو

 ڤد زمان دهولو، توليسن جاوي مماءينكن ڤرانن ڤنتيڠ دالم مشاركت. اي دڬوناكن سباڬاي ڤرانتارا ڤنتيڠ دالم سموا اوروسن ڤينتادبيران، عادة ايستيعادة دان ڤرداڬڠن. چونتوهڽ دڬوناكن دالم ڤرجنجين-ڤرجنجين ڤنتيڠ انتارا ڤيهق-ڤيهق د راج ملايو دڠن ڤيهق-ڤيهق بركواس ڤورتوڬيس، بلندا دان ايڠڬريس.

سلاين ايت، ڤماشهورن كمرديكأن 1957 باڬي نڬارا مليسيا انتارا لاين جوڬ ترتوليس دالم ابجد جاوي. ابجد بوقتي برتوليس مڠناءي ڤڠيشتهارن كمرديكأن تانه ملايو يڠ دتوليس دالم بهاس ملايو برتوليسن جاوي. دوكومن ڤماشهورن كمرديكأن 1957 تله دتوليس دالم دوا بهاس ايايت بهاس ملايو يڠ دتوليس جاوي دان بهاس ايڠڬريس.







1Sejarah perkembangan tulisan jawi

*      Skrip Arab yang diadaptasikan oleh bahasa Melayu untuk pengejaannya seperti yang kita sedia maklum adalah dinamakan sebagai Skrip Jawi. Namun sehingga sekarang tidak dapat diketahui siapakah yang memberikan nama Jawi kepada skrip itu, namun dipetik dalam kamus R.J Wilkinson bahawa perkataan Jawi di dalam bahasa Melayu digunakan untuk pokok jawi-jawi atau jejawi dan juga beras jejawi yang berbeza dengan beras pulut, dan juga dengan makna kerbau atau lembu dalam bahasa Minangkabau. Tetapi apa yang jelas di sini nama Jawi tersebut tidak ada kaitan dengan tulisan tersebut.
*      Skrip tulisan jawi berasal daripada skrip Arab yang telah dibuat beberapa penyelesaian dan tambahan.Terdapat beberapa ciri tulisan Jawi yang menjadikan ianya unik. Skrip Jawi mengalami evolusi yang boleh dikategorikan kepada empat fasa. Setelah melalui empat fasa ini tulisan Jawi menjadi semakin mantap dan dapat disesuaikan dengan keadaan dan keperluan semasa.
*      Tulisan Jawi telah lama wujud dalam tamadun melayu disekitar gugusan kepulauan melayu iaitu sekitar abad ke 10 Masihi atau 3 Hijrah hingga kemaskini dan ia berasal daripada tulisan Arab.
*      Tulisan inilah yang membangunkan tamadun melayu dan pernah mendukung bangsa Melayu ke ambang tamadun Melayu moden pada masa kini.Tulisan rumi hanya wujud dalam tamadun melayu selepas perang dunia kedua sahaja.(sumber : Kang,1993).adalah merupakan karya yang ditulis dengan tangan dalam tulisan Jawi yang dihasikan dalam lingkungan Abad ke-15Mhingga awal abad ke-20M.Dalam manuskrip melayu ini tercatat pelbagai bahan dan ilmu yang menjadi khazanah bangsa Melayu pada masa dahulu.Manuskrip Melayu bukti sejarah kewujudan tulisan jawi dalam tamadun melayudahulu boleh dilihat bahan-bahan bertulis seperti:
*      batu bersurat,
*      manuskrip lama,
*      kertas lama,
*      majalah,
*      batu nisan,
*      bahan-bahan yang dibuat daripada logam, kulit, alat
*      senjata,duit syiling,batu lontar, tembikar dan
seumpamanya
*      ukiran-ukiran pada masjid, istana
*      azimat dan tangkal
*      Penemuan pertama batu nisan yang tertulis dalam bahasa Arab di Sumatera bertarikh 55 Hijrah (674M) dan di Kedah bertarikh 290 Hijrah jelas telah menunjukkan bahawa tulisan Jawi berasal dari orang Arab yang kemudian telah diubahsuai dengan menambahkan beberapa huruf tambahan kepada huruf Arab bagi menyesuaikannya dengan gaya bahasa orang Melayu yang telah menyumbang kewujudan Tulisan Jawi dalam tamadun Melayu. Akan tetapi siapakah pencipta sebenar kepada tulisan Jawi tidak dapat dipastikan dengan tepat.
*      Ciri- Ciri Tulisan Jawi
Terdapat empat ciri Utama yang terdapat pada Skrip Jawi iaitu :
a) bertindan secara menegak
b) ligatur
c) aksara-askara berbaris atau mempunyai titik
d) aksara bersambung
* Aksara Jawi mempunyai 36 aksara dimana 30 aksara adalah merupakan aksara yang dipinjam dari Aksara Arab dan Enam Abjad tambahan.
ü  Pengikat lelidah alat tiup. ; Bentuk notasi muzik abad ketiga belas hingga keenam belas.
ü  Aksara : Lambang unik yang digunakan dalam sistem tulisan sesuatu bahasa untuk menyampaikanmaklumat.
Manuskrip Melayu
Apa itu Manuskrip Melayu ?
·         Manuskrip Melayu adalah karya yang ditulis dengan tangandalam tulisan Jawi yang dihasilkan dalam lingkungan Abad ke-15 hingga awal abad ke-20.
Mengapa Ia Penting ?
·         Manuskrip Melayu Penting kerana ia adalah merupakan warisan dalam bentuk penulisan daripada zaman silam yang tidak ternilai harganya. Isi kandungannya mengandungi pelbagai ilmu yang berguna dan perkarayang meliputi fikah, tauhid, tassawuf, tajwid, sejarah, undang-undang, petua dan azimat, perubatan, firasat, tabir mimpi. Pelbagai hikayat, syair dan nazam juga ditulis. Ilmu yang dihasilkan merupakan ilmu yang mencerminkan kekayaan pemikiran serta kegemilangan tamadun Melayu yang perlu dipelihara bagi faedah generasi kini mahupun yang akan datang.
Contoh ManuskripTerkenal
·         Hikayat Hang Tuah (Menceritakan kegagahan Hang Tuah dan rakan-rakannya berbakti dan berkhidmat untuk Sultan Melaka yang membawa kegemilangan kesultanan Melaka).
Misa Melayu
·         Sebuah karya sastera sejarah yang mengandungi sejarah tentang raja-raja Melayu yang memerintah negeri Perak sertamembicarakan tentang adat resam dan budaya Perak.
Sir at Al-Mustaqim
·         Disusun dan ditulis oleh Syeikh Nuruddin al-Raniri pada tahun1044 Hijrah (1634 Masihi). Merupakan sebuah kitab fikah yang penting yang menghuraikan amal ibadat setiap muslim.
Kitab Tib
·         Membicarakan cara mengubati berbagai jenis penyakit yangmenggunakan bahan dari pokok dan tanaman yang dicampurdengan ramuan rempah, di antaranya ubat sembelit, sengugutdan meroyan.
Syair Seratus Siti
·         Mengisahkan tentang keagungan Sultan Mansur yang menjadikhalifah di negeri Baghdad dan bagaimana baginda mencari isteri untuk dijadikan permaisuri.
Hukum Kanun Melaka
·         Merupakan naskah undang-undang yang tertua sekali dan dianggap terpenting serta mempengaruhi undang-undang negeri Melayu yang lain. Membentangkan undang-undang yang meliputi pentadbiran negara, hukum jenayah dan hukum perniagaan. Perbicaraan kemudiannya diikuti dengan hukum Jong.
Cara Menyimpan
·         Usia manuskrip yang sudah lanjut memerlukan penjagaan yangberterusan dan sebaik mungkin supaya selamat dan tidakhancur. Manuskrip tidak boleh terdedah kepada pencemaranudara, seboleh-bolehnya selalu dibersihkan daripada habuk danserangga. Manuskrip yang rosak perlu dibaiki dengan dengansegera.
Peranan Masyarakat
·         Manuskrip perlu disimpan dan dijaga dengan rapi. Jikalau anda,keluarga atau sesiapa sahaja yang anda ketahui ada menyimpanmanuskrip Melayu, peranan anda adalah mengalakkan semua pihak membolehkan Pusat Manuskrip Melayu memperolehi manuskrip tersebut agar dapat disimpan dengan sempurna.
Pusat Manuskrip Melayu
·         Pusat Manuskrip Melayu, perpustakaan Negara Malaysia telahditubuhkan pada tahun 1985 dan diberikan tanggungjawabseperti berikut :-
*      Mengesan, memperolehi dan mengumpul manuskrip Melayu
dari dalam dan luar negara;
*      Mendokumenkan, menyelenggara katalog induk dan
menerbitkan bibliografi;
*      Menyediakan kemudahan menyimpan, memulihara dan
menyalin manuskrip Melayu;
*      Menyediakan perkhidmatan rujukan dan penyelidikan;
*      Menyebarkan ilmu yang terakam dalam manuskrip Melayu
melalui penerbitan dan pameran


سموا مانوسكريڤ ملايو يڠ دڤراوليهي دان دكسن دري دالمدان لوار نڬارا ددوكومنكن دان كاتلوڬ دتربيتكن. ڤوست مانوسكريڤ ملايو تله مندوكومين دان منربيتكن كاتلوڬ مانوسكريڤ ملايو د نڬارا بلندا، جرمان، ڤرانچيس، سيڠاڤورا دان افريك سلتن.



ڤوست مانوسكريڤ ملايواين تله برجاي مڠومڤولكنكوليكسي برجومله 2،940 نسخه ايايت كوليكسي مانوسكريڤ ملايويڠ تربسر دالم سيمڤننسسبواه اينستيتوسي د دنيا.سموا مانوسكريڤ يڠ دڤراوليهي اكن ملالوءي ڤروسيسڤيڠواسڤن، دسيمڤن دالم كوتق بيبس اسيد دالم بيليك سايمڤنن يڠ تركاول سوهوڽ د انتارا 20-22 درجه چلسيوسدان قدر كلمباڤنڽ 55%-65% سڤنجڠ ماس. باڬيمانوسكريڤ يڠ روسق اياڽ اكن دبوات ڤمباءيقن.

مانوسكريڤ دالم سيمڤنن ڤوست مانوسكريڤ ملايوديبنركن اونتوق رجوكن دان ڤڽليديقن سوڤاي علمو يڠتراكم داڤت دسبركن دان دمنفعتكن. اوسها مڠكاجيدن منربيتكن سمولا مانوسكريڤ ملايو دلاكوكن ملالوءي ڤروجيك معلم تامو. ڤوست مانوسكريڤ ملايو جوڬ سريڠ مڠاداكن ڤاميرن دان ڬيات منربيتكن بوكو، ريساله دانسبواه جورنل علميه يڠ دكنلي سباڬاي جورنل فيلولوڬي ملايو.توليسن عرب يڠ داداڤتاسيكن ك بهاس ملايو اونتوقڤڠجأنڽ ديناماكن سباڬاي توليسن جاوي. توليسن اينله يڠ ڤرنه ممباڠونكن تمدون ملايو دان ڤرنهمنچورق كتوانان ملايو د زمان ڤرا-كمرديكأن



توليسن جاوي ممڤوڽاءي سيڬنيفيكن يڠ ساڠت بسر دالم سجاره بڠسا دان نڬارا، د مان دهولوڽ اي مروڤاكن لاڤڠن اينتركسي اينتليك ملايو دڠن مشاركت عوام. نامون، اخير-اخير اين اي مولا دمامه زمان يڠ سماكين ڬلوبال كران مونچول سڬلينتير دالم هيايراكي مشاركت ملايو سنديري يڠ تيدق ميقينكن بڠساڽ اونتوق مڠحرمتي واريثن اين. ماله راس جلق مريك ترهادڤ توليسن جاوي، سچارا تيدق لڠسوڠ تله مڠحاصيلكن ڬينراسي ملايو ءڠلوڤهيليء ايايت مأنسي دوا كرات، سكرت ملايو دان سكرت ك بارتن. ڬينراسي سڤرتي اينله يڠ اخيرڽ منجادي ڤڽومبڠ كڤد فهمن ملمڤاو هيدونيسمى سهيڠڬ مڽببكن داي تاهن اومت منجادي تيريس


جك ڤمركاسان ترهادڤ توليسن جاوي تيدق لاكوكن،بارڠكالي توليسن جاوي منريما نصيب يڠ سام سباڬايمان مات ڤلاجرن تجويد يڠ منجادي سوبجيك اڬام يڠ هاڽ دأجر سوقتو ڤريڠكت سكوله رنده، كمودين دأبايكن كتيك د ڤريڠكت منڠه. اخيرڽ علمو تجويد هاڽ دكواساا اوليه ڬينراسي-ڬينراسي اڬاموان، سداڠكن مڠمالكن علمو تجويد كتيك ممباچالقرءان مروڤاكن تونتوتن اسلام برتارف فرض عين بوات سلوروه اومت اسلام. لبيه مالڠ لاڬي جك جاوي دبريكن كدودوكن يڠ سام، تيدق مستحيل اي اكن تڠڬلم د اروس كمودنان دان تروس كهيلڠن خلايق. اخيرڽ توليسن جاوي سوده تيدق لاڬي ريليۏن كران تيدق ممڤوڽاءي نيلاي كومرسيال د كالڠن ڤمباچ. اي سقدر دكنلي دالم ليڤتن سجاره سباڬايمان ڤد چاتتن رهسيا باتو روستتا د مصر يڠ اخيرڽ داوڠكڤ اوليه اركياولوڬي ڤرانچيس، جين فرنچواس چمڤولليون


سيناريو اين جك تيدق دأمبيل ڤدولي مموڠكينكن چاتتن باتو برسورت ﴿ڤراسستي﴾ د كوالا بيرڠ، ترڠڬانو ممڤوڽاءي ڤوتينسي بسر منجادي باهن سجاره يڠ دتيڠڬلكن، بوكنڽ باهن سجاره يڠ دبڠڬاكن. حال يڠ سام جوڬ باكل ترجادي كڤد ڤڠڬوناان بهاس ملايو جك تياد تيندقن كوڠكريت ڤيهق برواجب اونتوق مناڠنيڽ ستله كراجأن ميواجيبكن ڤڠاجرن ايڠڬريس دالم ماتماتيك دان ساءين س. ڤنوليس سبنرڽ تيدق مميليقي نيلاي سينتيمينتل يڠ تيڠڬي اونتوق برماتي-ماتين ممڤرتاهنكن توليسن جاوي، جك كهيلڠنڽ هاڽ ممبري ايمڤق كڤد واريثن بوديا دان بڠسا. مڠينصفي توليسن جاوي ممڤوڽاءي جاس يڠ بسرترهادڤ كمرديكأن بڠسا ملايو كتيك دهولو، اي ممبڠكيتكن راس تڠڬوڠجواب اڬر تروس دڤليهارا دانتراكم دالم ڤنديديقن نڬارا





Tulisan Jawi perlu dipertahankan walaupun peredaran masaamat pantas sebagai tanda penghargaan terhadap pahlawan-pahlawan yang berjuang menerusi mata pena di zaman pra-kemerdekaan. Sebelum pengetahuan moden denganperbendaharaan yang sofistikated diperkenalkan, tulisan Jawidigunakan oleh pihak istana dalam bidang persuratan, perjanjiandan undang-undang. Jika diamati, sejarah ke'genius'an danpemikiran akademik bangsa Melayu ia mula digagahi apabilawujudnya tulisan Jawi dan bukannya tulisan sanskrit. Oleh sebab itu, istilah 'Kitab Jawi' pernah berkembang menjadi subjek pengajian dan pembelajaran masyarakat Melayu agar ia ditekuni di sekolah-sekolah.

Tokoh ulama’ seperti Mohamad Idris b Abdul Rauf al Marbawi,bukanlah tokoh yang asing dalam dunia penulisan Jawi.Penulisan Jawinya yang menghasilkan kitab ’Bahrul Mazi’, ’Tafsir Quran al Marbawi’, ’Tafsir Surah Yassin’ masih kekal diulang cetak di luar negara. Sebenarnya, kebanyakan kitab berbahasa Arab yang dihasilkan oleh Sheikh al Marbawi telah diterjemahkan olehnya sendiri ke dalam bahasa Melayu. Sekalipun terjemahan tokoh ulama ini menggunakan versi bahasa Melayu lama di dalam tulisan Jawi, namun ia telah melahirkan ramai ilmuan Islam yang responsif di negara Malaysia.
Tidak dinafikan, Islam adalah ajaran yang mudah dan boleh dipelajari melalui pelbagai aksara dan ia bukannya kayu pengukur tahap keIslaman seseorang. Namun, oleh kerana kedatangan tulisan Jawi bersama dengan dakwah Islam, ianya lebih berkesan dan mudah terutamanya di dalam mempelajari al-Quran dan hadith. Sistem ejaan Jawi sangat terpengaruh dengan sistem ejaan bahasa Arab yang menggunakan sistem baris dalam pengejaan suku kata. Oleh sebab itu, sistem Jawi menjadi pendorong kepada bangsa Melayu mengenali huruf Arab dan seterusnya secara tidak langsung berkemahiran menyebut ayat- ayat al-Quran. Ibn Khaldun ada menyebutkan ;
[Ketahuilah bahawa pengajaran al-Quran terhadap kanak-kanak termasuk daripada syiar-syiar agama yang dipegang olehpara pendokong agama kerana dalam pengajaran al-Quran terdapat beberapa perkara yang cepat meresap ke dalam hati seperti keteguhan iman dan aqidah imandaripada ayat-ayat al Quran].
(Ruj:Abdullah al Amin al Na'miy, 1994. Kaedah Dan Teknik Pengajaran Menurut Ibn Khaldun & al Qabisi, terj.Mohd Ramzi Omar, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka).

Dalam bahasa Melayu sendiri terdapat perkataan yang dipinjamdari bahasa Arab, sudah pasti sebutan tersebut tidak tepat jikaditulis dengan huruf rumi. Demikian juga halnya jika bahasa Cina dan Tamil ditulis dengan ejaan rumi, sudah pasti berlakukesilapan pada pertuturan mereka yang sebenar.Kerana itu, penulis yakin kebanyakan masyarakat Melayumenyebut perkataan 'tarikh' yang dipinjam dari bahasa Arab,tidak tepat sebagaimana sebutan bangsa Arab. Begitu juga pemahaman Melayu terhadap perkataan 'muhrim' sebagai orang yang haram dinikahi, sedangkan sebutan ejaannya yang sebenar pada kalimah Arab adalah 'mahram'. Dalam konteks ini jelas memperlihatkan bahawa tulisan Jawi memainkan perananpenting dalam pendidikan negara, di mana ia dijadikan sebagaisuatu alat memudahkan sebutan Arab yang sahih dalam bahasaMelayu. Dalam keresahan meninjau hayat Jawi di tanah Melayu saat ini, ada juga berita yang boleh dianggap positif antaranyapengangkatan seni khat di persada dunia. Namun, memartabatkan seni khat tidak memadai untuk mengangkatsemula penulisan Jawi sebagai satu elemen menjadikan ia subur dalam jiwa masyarakat dan dipergunakan secara meluas. Benar, seni khat berjaya memperlihatkan kalimah-kalimah unik al-Quran yang tersusun mengikut kaedah, kemas berseni dijual beli. Tetapi kita perlu memikirkan bahawa majoriti umat Melayu tidak lagi mampu memahami maksud tulisan tersebut sekalipun diukir indah. Inilah akibatnya apabila tulisan Jawi dipinggirkan oleh bangsa Melayu sendiri. Ketahuilah, tulisan Jawi adalah tulisan bagi sebuah tamadun dunia yang tinggi dan pernah diakui di peringkat antarabangsa. Jika orang Iraq Kufah dengan khat Kufinya, Iran dengan khat Farsinya, tidak diragui bahawa umat Melayu merupakan pelopor kepada seni khat Jawi.
Sebenarnya di sebalik krisis ini, tersembunyi agendaglobalisation of American culture (globalisasi budaya Amerika).Memang tamadun Barat semakin mendominasi semangat bangsa-bangsa lain ketika ini, di saat Melayu belum pulih untukmembangunkan generasi sendiri. Tidak syak lagi, penggantianjawi dengan rumi adalah sebahagian daripada prosespembaratan dan pendangkalan Islam yang tentu sahaja didalangi oleh penjajah. Hal ini sama berlaku sebagaimana pertukaran garisan musim bagi kiraan kalender yang pada asalnya terletak di Qatar, United Arab Emirates (UAE) kepada kedudukan Greenwich di London. Namun, perenggan ini bukanlah pilihan terbaik untuk masyarakat Melayu melakukan revolusi terhadap huruf-huruf Rumi agar ditukar kepada Jawi. Sebaiknya, masyarakat Melayu sedar betapa mustahaknya tulisan Jawi agar ia tidak disisihkan dalam pendidikan negara dan diberikan fungsi semula.


Pemerintahan kesultanan Melaka telah memajukan bahasa Melayu dalam perdagangan dengan cepat di samping menyebarkan Islam dan sastera Islam. Kemajuan ini mengubah sifat bahasa dengan sedutan besar-besaran perbendaharaan kata Arab, Parsi dan Hindi. Kemajuan ini merosot selepas 1511.
Melayu Moden Masa kini
Bahasa Melayu dimajukan dengan serapan banyak perkataan Portugis, Belanda dan Inggeris dalam kurun ke 19. Ia menjadi bahasa kebangsaan buat Malaysia dan Indonesia selepas mencapai kemerdekaan.
[The Encyclopedia of Malaysia: Languages & Literature by Prof. Dato' DrAsmah Haji Omar (2004) ISBN 981-3018-52-6.]

Inskripsi Kedukan Bukit:
Inskripsi Kedukan Bukit telah diekuavasi oleh Dutchman M. Batenburg on 29 November 1920 di Kedukan Bukit, Sumatera Selatan, di atas permatang sungai Tatang, anak sungai Musi. Batu ini kecil berukuran antara 45 ke 80 cm.
Teks Melayu Kuno:
svasti śrī śakavaŕşātīta 605 (604 ?) ekādaśī śuapunta hiya,,klapakşa vulan vaiśākha d<(m> nāyik disāmvau mangalap siddhayātra di saptamī śuklapakşaapunta hiya,vulan jyeşţha d<(m> maŕlapas dari mināngavala dualakşa dangan ko-(tāmvan mamāva yamduaratus cāra di sāmvau dangan jālan sarivudi mata jap(tlurātus sapulu dua vañakña dātamsukhacitta di pañcamī śuklapakşa vula….marvuat vanua …..(laghu mudita dātamśrīvijaya jaya siddhayātra subhikşa.....
Terjemahan:
“Om swasti astu! semua penawar dan kemewahan. dalam tahun saka 605 sebelas dan pertengahan bulan Waisaka, Sri baginda berkubu bagi memperoleh siddhayatra. Pada hari ke tujuh, lima belas hari pertengahan bulan Jyesta, Sri Baginda membebaskan tubuhnya dari minānga tāmvan. Baginda membawa 2000 tentera bersama….. Seramai sebanyak 200 kubu, dengan 1,312 kaki tentera. Mereka sampai di ….Sesungguhnya riang ria pada lima belas hari pertengan bulan…. tangkas, gembira dan mereka membuat perjalanan ke negeri… agung Sriwijaya! kemewahan dan kekayaan…”
Bandingan penulisan Jawa dan Bali dengan yang tulisan yangdiaplikasikan di Thailand dan Kemboja, menunjukkan ada bentuk yang sama. Ini menguatkan bahawa tulisan-tulisan ini berasaskan tulisan dari India samada Pallava, Vengi atau Cera. Jadual di bawah menunjukkan jenis-jenis huruf atau silibus yang ditemui dalam inskripsi raja-raja di Indonesia yang silam.
Kadaram dalam Inskripsi Tanjore:
Inskripsi ini didapati di kota lama Tanjore, Tamil Nadu bertarikh sejak 1030 Masihi. Ia menerangkan serangan Rajendra Chola atas empayar Sri Wijaya, negeri yang bernama Kadaram memberikan tentangan hebat. Kebanyakan sejarawan bersetuju Kadaram yang dimaksudkan adalah Kedah.

[1] H.G.Q. Wales, “Archaeological Researches,” hal. 21
[2] Ibid, hal. 45
[3] Zakaria Ali 1946, Islamic Art in Southeast Asia 830A.D – 1570 A.D., Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 195
[4] Dr Othman Mohd Yatim dan Abdul Halim Nasir, Epigrafi Islam terawal di Nusantara, hal. 25
[5] Artikel TULISAN JAWI dan Tulisan Jawi Pancaran Identiti Bangsa. Oleh HAJI MUHAMMAD BUKHARI LUBIS
BAHASA Osmaniah Kuno di Turki tamat pada abad ke-15M apabila Sultan Fatih Mahmet berjaya membuka Istanbul. Sejak itu, bermulalah bahasa Turki Osmani (Osmanlica) yang menggunakan satu aksara baru, aksara Arab. Penggunaan bahasa ini yang begitu rancak dan mendominasi, khasnya dalam kesusasteraan Sufi dan puisi rakyat, berakhir pada tahun 1922, apabila Mustafa Kamal Ataturk mendapat tampuk pemerintahan. Dengan berpegang pada dasar "kemajuan ialahpembaratan", Ataturk mengambil langkah yang drastik dan tragik dengan memperkenalkan bahasa Turki moden (Turkge), yang mengetepikan aksara Arab. Lantas diperkenalkan aksara Latin atau tulisan rumi [antara hujah mewajarkan tindakannya ini ialah aksara Arab tidak dapat melambangkan setiap bunyi perkataan Turki, misalnya, perkataan alif-wau-nun membawa empat bunyi dan makna yang berlainan on (sepuluh), "n (hadapan), un (tepung), dan n (kemasyhuran, suara, bunyi)].
Seperti orang Turki, bangsa Melayu juga mempunyai bahasa yang menggunakan pelbagai aksara sebelum kedatangan Islam ke rantau ini. Aksara ini berubah apabila Islam diterima di Kepulauan Melayu. Para pendakwah - orang Arab dan orang Parsi yang tentunya menguasai bahasa Arab yang menjadi paksi utama dalam Islam - dengan bijak dan tepat memilih bahasa Melayu untuk digunakan. Bermulalah era pengislaman, termasuklah bahasa Melayu itu sendiri.Lalu diperkenalkan aksara baru, aksara Arab atau lebih terkenalsebagai tulisan jawi. Menurut sejarah, jawi di sini merujuk kepada Pulau Sumatera (maksud umum Kepulauan Melayu) dan bukanlah Pulau Jawa.
Sesungguhnya, tulisan jawi dapat mempertaut perpaduan satu bahasa yang meliputi seluruh golongan bangsa Melayu. Malah orang Melayu sendiri menamakan bahasanya "bahasa jawi" (tidak sekadar jawi merujuk kepada tulisannya - misalnya, di halaman sebuah buku klasik, tertera: Inilah kitab yang bernama Hidayat al-Salikin - karangan Syeikh Abdus Samad Falambani dibahasakan bahasa Jawi ¡¦). Ini memberi erti bahawa orang Melayu ketika itu menamakan bahasanya menurut nama tulisannya. Tulisan jawi bermula sejak abad ketujuh Masihi lagi. Tentulah sepanjang masa ini, banyak bukti yang dapat diketengahkan. Pada zaman dahulu, tulisan jawi digunakan pada prasasti atau batu bersurat (misalnya: Batu Bersurat Terengganu bertarikh 702H/1303M), batu hidup (ditemuidi Pangkalan Kempas, Negeri Sembilan), batu nisan (misalnya, di pemakaman raja-raja Aceh di Banda Aceh), mata wang (khasnya wang emas dan perak, terukir di situ misalnya nama Sultan Muzaffar Syah dan Sultan Mansur Syah), surat kiriman diraja (antara Raja Melayu dengan raja bukan Melayu, seperti raja Portugal dan raja Inggeris, juga dengan wakil raja atau pembesar asing yang ada atau datang ke negeri Melayu), kitab dan buku (misalnya `Aqa¡¯id oleh al-Nasafi yang bertarikh 998 H/1590M), surat perjanjian antara raja dengan negara diAlam Melayu, catatan pemilikan dan perdagangan, terutamanya di pelabuhan dan kapal perdagangan.
Kitab lama dahulu pastilah ditulis dalam bentuk manuskrip. Tentang penggunaan tulisan jawi dalam pelbagai manuskrip abad ke-17, pengkaji Barat, seperti van Rongkel, van Elbinck, Robinson, Gerth v. Wijk, Werndly, van der Wall, Cohen Stuart, de Hollander, van der Tuuk, Pijnappel, Klinkert, dan Wilkinson pernah menyatakan rasa kagumnya terhadap keseragaman ejaan jawi dalam manuskrip yang berkenaan.
Penggunaan tulisan ini diluaskan lagi buat dua abad terakhir ini. Bahan bacaan, seperti surat khabar (misalnya al-Imam - yang terbit di Singapura - 1906) dan majalah (seperti Bustan Arifin yang terbit di Melaka - 1236H/1821M) terus menggunakan tulisan jawi. Begitu juga piagam dan teks pemasyhuran, antaranya pemasyhuran kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu (1957). Dapat dirumuskan bahawa tulisan jawi yang disentuh tadi terbukti dalam hasil kesusasteraan dan kebudayaan orang Melayu. Hal ini semakin maju dan membesar, ia melepasi batas berkenaan, sehinggaterbukti dalam kegiatan kesenian pula. Tentulah perkara iniberhubungan dengan seni khat. Ternyata, orang Melayu sejak dahulu peka terhadap perkembangan seni khat, meskipun sehingga kini kita masih tidak dapat menandingi hasil seni khat bangsa Arab, Iran, dan Turki, misalnya. Oleh sebab itu, tulisan jawi yang indah-indah dapat dilihat dalam pelbagai objek, seperti masjid (termasuklah mihrab, dinding, tiang, pintu besarnya), batu nisan, bangunan yang berhubungan atau tidak dengan hal keagamaan, batu nisan, sijil syahadah, kepala surat, nama jalan, takwim, kain pemidang, pengikat kunci, lukisan, dan ukiran yang terpahat, sama ada pada batu, kayu,logam, tembikar, atau marmar. Dengan menggunakan pelbagai jenis khat yang menarik, seperti kufi, thuluth, nasakh, farisi, dan raq¡¯ah, terbukti tulisan jawi memberi sumbangan yang sungguh bermakna demi mengayakan dan mengagungkan lagi kebudayaan dan kesenian bangsa Melayu.
Sesungguhnya, tulisan jawi digunakan dalam pelbagai aspekkehidupan bangsa Melayu sejak berkurun-kurun dahulu. Sehingga tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa nadi bangsa Melayu bergantung sangat pada tulisan jawi, apatah lagi apabila tulisan jawi dihubungkaitkan dengan al-Qur¡¯an yang menjadi ikutan utama kaum Muslimin. Hasil penelitian terhadap ribuan manuskrip Melayu akan membawa pengkaji yang jujur dan objektif untuk menyimpulkan bahawa tulisan jawi berjaya memelihara kemurnian dan ketinggianbahasa Melayu tulisan/persuratan. Selanjutnya, martabat bahasa Melayu haruslah dipertahankan melalui tradisi penulisan yang lebih baik lagi murni. Berdasarkan yang telah berlaku dan yang disumbangkan, sukar untukmenafikan bangsa Melayu amat bergantung pada tulisan jawinya.Malah, tulisan jawi menjadi identiti bangsa Melayu pula.
Sampai ketikanya, perubahan rasa berlaku. Lalu Angkatan Sasterawan 50 mengesyorkan: " ¡¦ sudah sepatutnya tulisan rumi dirasmikan bagi persuratan Melayu dengan tidak menghapuskan tulisan jawi sehingga masa akan menentukannya". Cadangan ini diterima oleh KongresBahasa dan Persuratan Melayu Ketiga di Singapura/Johor Bahru (1956), di samping mencadangkan pembentukan satu badan untuk mengkaji cara memelihara tulisan jawi dan menyamakan ejaan jawi di Malaya dan di Indonesia. Hasil saranan kongres ini masih jauh daripada kenyataan hinggalah sekarang. Sejak itu, berlakulah perkembangan yang tidak sihat ini. Kalau di Turki,tulisan jawi dihapuskan oleh anak bangsanya sendiri (malah pelbagai aspek undang-undang Islam diubah kepada kanun Barat), kita juga hampir kepada suasana itu. Pada tahun 1960-an, mulalah pengajaran tulisan jawi di sekolah diabaikan. Ada pula yang berhujah dengan melihat kelemahan sistem ejaan dalam tulisan jawi itu. Tulisan jawi tidak dapat melambangkan bunyi/sebutan perkataan sepenuhnya. Memang kita akui, sejak sistem ejaan jawi belum lagi dibaiki sepenuhnya, perkataan kaf-mim-ba-nga membawa tujuh bunyi: kembang, kambing, kumbang, kembung, kambung, kambang, dan kombang. Sehinggalah kita ada Ejaan Jawi yang Disempurnakan, masih ada gejala yang sama, perkataan ba-ya-lam-ya-qaf membawa dua bunyi: bilik dan belek.
Namun, hal ini usahlah dibesar-besarkan. Tambahan pula, konteks ayat akan membimbing pembaca membunyikan perkataan dengan betul, di samping sering kedengaran perkataan berkenaan. Janganlah dengan alasan serapuh itu, kita sanggup menghapuskan tulisan jawi yang telah kita warisi berabad-abad dan berjasa besar dalam kehidupan kita. Akibatnya, dalam konteks keagamaan, seperti yang lumrah diTurki kini, sudah ada orang Melayu mempelajari ayat untuksembahyang berdasarkan tulisan ruminya sahaja! Gejala buta tulisan jawi semakin buruk. Mangsa sistem persekolahandasawarsa 60-an membuktikannya. Sungguh sedih! Ketika dalam pemerintahan British, kita bebas menggunakan tulisan jawi sehingga dalam wang kertas pun ada tulisan jawi (setelah kita merdeka, hanya beberapa tahun sudah tercetak tulisan jawi dalam wang kertas RM2). Sebelum itu pemerintah British menggunakan tulisan jawi dalam perutusan mereka. Janganlah pula sampai kita menemui sarjana bahasa Melayu (khasnya dari bangsa Melayu) yang tidak menguasai tulisan jawi.
Oleh sebab kesan pengabaian tulisan jawi ini semakin teruk danmembimbangkan, pada tahun 1985, Kementerian Pendidikan Malaysia mewajibkan tulisan jawi di sekolah rendah agama. Tindakan setakat ini tidaklah memadai. Kita harus berwaspada, sekiranya tulisan jawi diketepikan - apalagi dikuburkan - maka mutiara dari Dunia Melayu ini akan hilang, sirnalah ciptaan kreativiti datuk nenek kita dari Alam Melayu.
Sejak abad ketujuh Masihi lagi, dalam pelbagai khazanah tamadun Melayu, daripada falsafah, ilmu, hukum-hakam, ubat-ubatan, teknologi silam, hinggalah bermacam-macam bidang ilmu (baik dalam bentuk prosa mahupun puisi), tulisan jawi digunakan dan ia cukup berjasa. Malah tulisan ini menjadi identiti bangsa Melayu. Maka tidak hairanlah seorang sarjana asing, Dr. Kang Kyoung Seock dari Korea, yang mengkaji (untuk tesis Sarjananya) sejarah tulisan jawi, menegaskan bahawa baginya tulisan jawi lebih banyak bersifat kemelayuan daripada rumi. Bahasa yang menggunakan dua aksara terlalu sedikit. Maka itu kita harus berbangga dengan penggunaan tulisan jawi dan rumi, khasnya Manuskrip Melayu dan Tulisan Jawi.
Manuskrip Melayu dan Tulisan Jawi
Oleh : Azwar
*      Manuskrip Melayu merupakan karya yang ditulis dengan tangandalam tulisan Jawi yang dihasikan dalam kurun waktu Abad ke-15Masihi sampai pada awal abad ke-20 Masehi. Dalam Manuksrip Melayuini tercatat pelbagai bahan dan ilmu yang menjadi khazanahkebudayaan Bangsa Melayu pada masa dahulu. Untuk memahamimanuskrip-manuskrip Melayu, sebelumnya kita harus memahami tulisan jawi, kerana manuskrip-manuskrip Melayu itu di tulis dalamtulisan jawi. Tulisan Jawi adalahtulisan Arab yang diadaptasikan olehbahasa Melayu untuk pengejaannya seperti yang kita fahami sekarang ini. Ertinya huruf yang dipakai adalah huruf-huruf Arab dengan bahasaMelayu, atau dengan ejaan Melayu.
*      Sejauh ini belum ada yang dapat memastikan siapa tokoh yang pertama sekali menemukan huruf itu dan siapa yang memberi nama untuk tulisan dengan percampuran dua kebudayaan besar itu.Kalaupun kemudian tulisan itu disebut dengan tulisan jawi, sepertinyaitu adalah nama yang diberikan setelah tulisan itu berkembang oleh pengamat-pengamat bahasa yang mempelajarinya, atau parapengamat yang menjadikan bahan-bahan berbahasa melayu dan tulisan jawi sebagai sumber kajiannya. Dikatakan ianya di kalangan ahli-ahli sastra, ahliagama, dan lain sebagainya. Apapun tanggapan tentang tulisan itu,yang pasti tentu saja tokoh pengasas tulisan jawi itu sangat besarjasanya dalam khasanah keilmuan bagi bangsa Melayu khususnya dunia ilmu pengetahuan manusia pada umumnya.
*      Tulisan jawi yang dimaksud ini tentu saja kata yang tidak dapatdipadankan dengan kata jawi di dalam kamus R.J Wilkinson, yang mengertikan kata-kata Jawi di dalam bahasa Melayu digunakan untukjawi-jawi atau jejawi dan juga beras jejawi yang berbeda dengan beraspulut. Selain itu kata jawi yang dimaksud sebagai tulisan jawi dalambahasa Melayu jelas berbeda dengan makna kata jawi dalam Bahasa Minangkabau yang dapat diertikan sebagai lembu atau sapi.
*      Tulisan Jawi yang telah lama ada dalam khazanah kebudayaanmelayu yang diperkirakan sekitar abad ke 10 Masihi atau 3 Hijrahhingga ke hari kini dan ia berasal daripada tulisan Arab. Tulisan inilahyang membangun kebudayaan melayu dan tulisan ini jugalah yangkemudian mengantarkan menuju bahasa Melayu yang kemudianberkembang menjadi Bahasa Indonesia setelah dikokohkan oleh parapemuda Indonesia dalam sumpah pemuda.Bukti historis bahwa adanya tulisan jawidalam kebudayaanMelayu lama dapat dilihat pada bahan-bahan bertulis seperti : batubersurat, manuskrip lama, kertas lama, majalah, batu nisan, bahan-bahanyang dibuat daripada logam, kulit, alat senjata ,batu lontar,tembikar dan sejenisnya, ukiran-ukiran pada masjid, rumah, dan istana,azimat, rajah atau penangkal.
*      Penemuan pertama batu nisan yang tertulis dalam bahasa Arabdi Sumatera bertarikh 55 Hijrahatau setara dengan 674 M. Selain itujuga ditemukan di Kedah bertarikh 290 Hijrah. Kedua hal inijelastelah menunjukkan bahwa tulisan Jawi berasal dari orang Arab yangkemudian telah disesuaikan dengan menambahkan beberapa huruftambahan kepada huruf Arab untuk menyesuaikannya dengan gayabahasa orang Melayu. Penambahan ini lebih kepada melengkapi ejaanyang tidak ada dalam bahasa Arab tetapi ditemui dalam bahasa Melayu.
*      Untuk memahami lebih jauh tentang tulisan jawi ada baiknya kitaperhatikan pendapat-pendapat berikut ini, tentang tulisan jawi yang dikemukakan oleh timbalan peneliti dari perpustakaan Malaysia.
a. Jawi Berasal daripada Maksud Jawi peranakkan.
ü  Marsden menyebutkan bahwa Raffles menerangkan kata Jawibermaksud campuran dimana beliau telah merujuk kepada ungkapan anak Jawi iaitu anak campuran kaling dan ibu Melayu (disinilahtimbulnya istilah jawi peranakan); oleh sebab itu bahasa Jawi adalahbahasa Melayu yang ditulis dengan tulisan Arab sehingga dapatdiertikan sebagai bahasa campuran.
b. Jawi Berasal dari Perkataaan Jawa atau merujuk kepada
ü  Bangsa Jawa Hamdan Abdul Rahman dalam bukunya "Panduan Menulis dan Mengeja Jawi" terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia pada tahun 1999 mengatakan bahwa kata Jawi itu sendiri berasal dari nama suku Kaum Jawa. Ertinya kata Jawi itu mengacu pada suku Jawa.Berikut adalah petikan daripada bukunya berkaitan perkara tersebut:
"Sudah ditakdirkanAllah bahawa di kalangan bangsa Melayu ini,suku yang lebih besarbilangannyaadalah suku Jawa. Jadi merekalahyang membentuk kumpulan Melayu terbesar di tanah Arab padazaman dahulu. Akibatnya orang-orang Arab menganggap semuamanusia berkulit sawo matang dari Alam Melayu ini sebagai orang Jawa.
Seterusnya segala yang berkaitan dengan orang Melayudisifatkan sebagaiJawi. Orangnya dikenali sebagai orang Jawi,Tanahnya dikenali sebagai tanah Jawi dan bahasanya dinamakan bahasa Jawi dan tulisan yang digunakan dalam media persuratannya dinamakan tulisan Jawi. Kitab-kitab agama Islam yang diterjemahkanke Bahasa Melayu terutamanya dalam abad ke-17 Masihi, semuanyamencatat bahawa penulisnya telah menerima titah raja, wasiat guruatau pesan ayah supaya dia menterjemahkan kitab tertentu ke dalam bahasa Jawi; bukan bahasa Melayu. Secara berurutan perkataan Jawi ini awalnya merupakan nama tanah, iaitu Alam Melayu, kemudian menjadi nama bahasa, dan sekarang menjadi nama tulisan pula."
c. Jawi Berasal daripada nama Sumatera Lama Al-Jawah
ü  Hashim Haji Musa dalam bukunya "Sejarah PerkembanganTulisan Jawi" lebih setuju dengan pendapat OmarAwang yangmenegaskan kemungkinan besar kata jawi berasal dari kata dalambahasa Arabal-Jawah. Kata ini pernah digunakan dalam catatan Arabyang tertulis sebelum pertengahan Abad ke-14 M untuk menamakanSumatera, misalnyaYa q u t, dalam Mu'jan al-Buldan, Abu Al-Fida' dalam
Taqwim al-Buldandan Ibn Batutahdalam Rihllat Ibn Batutah. Fakta inimenunjukkan satu kemungkinan yang kuatbahawa tulisan Jawi itudinamakan oleh orang Arab untuk merujuk tulisan ejaan yangdigunakan oleh orang Sumatera yaitu penduduk Al-Jawah yangberagama Islam dan menggunakan bahasa Melayu.
Hashim Haji Musa lebih lanjut menegaskan bahawa tidak logik bahawa Jawi yang dimaksud sebagai tulisan jawi adalah istilah yangberasal atau berakar dari kata Jawa. Sebuah kekeliruan bila tulisan jawiberasal dari kata Jawa yang merujuk pada suku Jawa, karena tulisanJawi telah ada sebelum Jawa jatuh ke tangan orang Islam pada tahun883 H atau pada tahun 1468 M.
d. Jawi Berasal dari Perkataan Al-Jawah
ü  W. Marsden pula menyebut bahawa nama Jawi juga pernahmenjadi tanda tanya kepada G.H Werndly (iaitu ketua penterjemahInjil ke dalam bahasa Melayu pada tahun 1731 M tentang asal-usulnyadan menyimpulkan bahawa bahasa Jawi boleh dikaitkan dengan perkataan Jawa, yang disebut oleh Marco Polosebagai nama lamabagi pulau Sumatera pada zaman itu, yang mungkin dihasilkan olehorang Arab seperti yang disebut oleh Omar Awang di atas.
e. Jawi berasal daripada Perkataan Java Dwipa yg juga dikenalisebagai Al-Jawah (sebuah daerah Asia Tenggara pada zamanpurbakala).
ü  Amat Juhairi Moain pulalebih menyakini bahwa kata Jawi berasalAl-Jawah dimana dikatakan bahwa perkataan ini berasal daripada perkataan "Java dwipa" iaitu sebuah nama daerah Asia Tengara padazaman Purba. Bukti yang digunakanadalah catatan Ibnu Batutahdalam bukunya al-Rihlahmenggelar Sumatera sebagai al-Jawah. Bagiorang Arab bagian perkataan "Java"saja yang diambil, sedangkan"Dwipa" pula ditinggalkan. Kata "Java" ini digunakan untuk merujukkepada keseluruhan daerah Asia Tenggara. Penduduknya jugadinamakan dengan kata adjektif " Jawi". Oleh kerana itu "Jawah" dan"Jawi" merujuk kepada semua bangsa dan kaum yang menjadi pribumidi Asia Tenggara; bukan kepada suku Jawa iaitu penduduk yangberasal dari kepulauan Jawa.
Dari tulisan di atas sedikit banyak dapat difahami bahawa tulisanjawi yang dipakai dalam berbagai manuskrip Melayu, merupakan karyakreatif dari para pendahulu untuk mengembangkan ilmu pengetahuandi tanah Melayu. Walaupun belum ada kepastian tentang asal usultulisan jawi, hal ini memberikan isyarat bahwa masih perlu dilakukankajian lebih lanjut tentang tulisan jawi dalam manuskrip Melayu.


Perkembangan Ejaan Jawi peringkat pertama.
*    Pada peringkat ini telah melalui empat tahap iaitu:
a.    Menggunakan Tulisan Arab
b.    Menghilangkan tanda baris
c.    Menggunakan huruf saksi
d.    Huruf saksi pada suku kata pertama dan kedua

(a)  Menggunakan Tulisan Arab
·         Tulisan jawi mengikut ejaan Arab sepenuhnya, dengan menggunakan tanda-tanda baris.
·         Terdapat pada manuskrip Melayu lama seperti Aqa’id al-Nasafi(manuskrip tertua).
·         Penggunaan tanda baris atau diakritik yang banyak merupakan satu kelemahan pada tahap ini.
·         Tanda-tanda baris yang tidak lengkap.

(b)  Menghilangkan baris
·         Tanda-tanda baris dihapuskan dan disebut sebagai tulisan Arab Gundu.
·         Sukar membunyikan sesuatu perkataan itu dengan tepat serta menimbulkan perkataan yang berbentuk homograf(sama ejaan, berbeza sebutan).

(c)  Menggunakan Huruf Saksi
·         Sistem ejaan Jawi pengaruh melayu dengan dengan mewujudkan huruf-huruf saksi iaitu [ alif, wau, dan ya ].
·         Huruf saksi diletakkan pada suku kata pertama perkataan.
·         Kelemahan: Tiada huruf saksi pada suku kata kedua.
                :Masih menimbulkan masalah homograf.
                            :Terdapat perkataan yang boleh dilafazkan dengan
:beberapa bunyi sebutan yang membawa makna
yang berbeza.
(d)  Huruf Saksi pada Kata Pertama dan Kedua
·         Menggunakkan huruf-huruf saksi pada suku kata kedua.
·         Sistem ini disempurnakan dengan menggunakkan semua huruf Arab dengan enam huruf tambahan iaitu [ nya, pa, ga, nga, ca, va ]
·         Huruf Arab terdiri daripada 29 huruf kecuali [ lam-alif ]
·         Kurang enam huruf untuk mewakili bunyi lazim pada orang Melayu.
·         Orang Melayu telah mencipta enam huruf tersebut dan sehingga kini huruf Jawi ada 36 huruf melambangkan fonem dalam bahasa.

                        Perkembangan  Ejaan Jawi Peringkat  II
·         Sistem ejaan Jawi berubah secara beransur-ansur tanpa ada panduan bertulis. Pada masa itu, sejarah hanya mengikut kezaliman yang belaku tanpa peraturan dan panduan. Jika perubahan dilakukan oleh seseorang penulis, maka ia dengan mudah akan diikuti oleh penulis yang lain. Keadaan ini berterusan hingga beberapa lama. Menjelang abad ke-20, perkembangan SEJ boleh dibahagikan kepada beberapa pedoman dan panduan yang disusun atau digunakan oleh orang perseorangan atau pertubuhan  tertentu seperti:
*      Hejaaj. P.Bm.P.B. Diraja,
*      Ejaan Jawi Za’ba,
*      Sistem Ejaan Dian dan
*      Pedoman Ejaan yang Disempurnakan.