Rabu, 21 Mei 2014

جارا دان فندكاتن فغاجرن دان فمبلاجارن جاوي


PENULIS / PENYELENGGARA: Che Siah Che Man

PENERBIT: DBP
NO. KK: 499 200625101
ISBN: 9836290176
TAHUN TERBITAN: 2006
HALAMAN: 225



Buku Pendekatan Pengajaran Jawi ini diterbitkan khusus bagi membantu para guru dan bakal guru untuk mengajar tulisan Jawi kepada para pelajar. Buku ini memberikan penerangan dengan contoh-contoh modul aplikasi pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran Jawi. Penulis memberikan tumpuan kepada definisi konsep pendekatan, kaedah dan teknik mengajar Jawi, pendidikan Islam dan bahasa Melayu. Penulis menggunakan pengalaman luasnya khususnya dalam tulisan Jawi untuk menulis buku ini. Buku ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu bahagian pertama ialah tentang latar belakang pengajaran Jawi di sekolah dan huraian sukatan pelajarannya. Dalam bahagian ini juga terdapat pengenalan kepada huruf-huruf Jawi dan padanannya dalam huruf Rumi. Bahagian kedua dikupas dengan lebih lanjut pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk mengajar tulisan Jawi, dengan tumpuan kepada panduan guru. Buku ini sesuai digunakan sebagai bahan bacaan tambahan terutamanya dalam perkembangan mata pelajaran j-QAF yang telah diperkenalkan. Sesuai untuk dimiliki oleh semua golongan terutamanya para pendidik, pelajar dan pencinta tulisan Jawi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan